Monday, November 14

untuk sayang kuh ! = ain !

nice laa ko cewek ! hahah . ak jg yg knak yh . xpa2 . ak akn usaha jawab smua soalan2 muh tuh . hee :)

1. nama panggilan yang paling kaw sukak.
= op coz laa AIN !

2. apa erti cinta buat moe?
= PERGHH!!! agak dasyat di situ . hee . honestly ak cakap , ak x prnah bercinta . tapi rasa cinta itu pernah ada dalam jiwa ini ! bgi kuh cinta itu adalH stu anugerah yg tak terhingga di berikan oleh ALLAH . meskipun kadang2 cinta itu juga buad kta trluka . terimA kasih cinta !

3. koe sukak no. berapa?? and kenapa kaw sukak?

= 4 . SBUB buln bufday ak . hee .
4. kaw makan berapa kali tambah?? **ahaha.. amikk kawww!!!
= hee . ctaw ak , law ak makan satu ali jaa amik . law lapar bangat eya dong 2 kali laa , haha :D

5. kalaw bercinta.. siapa yang sering memutuskan? kaw ataw si dia?? hehe
= NI CANCEL SOALAN YAH . AK XPERNAH BERCINTA . HEE :)

6. kalaw kaw kawin maw anak berapa konon?? haha
= BLUM TERPIKIR ! hee :P

7. lagu apa yang bisa buat kaw nangis law kaw dengar?
= YA SUDAH LAH ! :)

8 . kalaw arr ari ney ari curi sedunia?? apa yang kaw paling maw curi?? hehe.. **jahat nhaa aku!!
= iman org . hahahaha :P

9. binatang apa paling kaw benci?
= xda pu . geli jaa adalah . hahaha .

10. kaw masih sayang kaw punya ex ka? kenapa?
= xda pun ex . hee :)

11 . kalaw kaw dikecewakan.. pa kaw buat? bunuh diri? jadi playgurl/playboy? or smtng els?? hahah
= deam2 jaa . sbb ak pn xtaw . hahaha :P

Monday, November 7

Friday, November 4

terasa rindu :'(

sedihh . sp yg bisa rungkaikan perasaan ku ny ? tiba2 jaa ak rasa nk nangis . ak pn xtaw npa . oh ALLAH !! whats wrong with me ? :(

Tuesday, October 25

CIRI - CIRI LELAKI IDAMAN :)

1. LELAKI YANG PRIHATIN -

Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh yang kami ni dj baru thr dot fm..kesalahan sendiri tak perasan..

2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR -

Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.

3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA -

Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja. Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.

4. LELAKI YANG BERHATI-HATI -

Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kami. Sebab… ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..’pulun’ aje le…!!!

5. LELAKI YANG WANGI -

Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O;apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.

6. LELAKI YANG PEMURAH -

Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.

7. LELAKI YANG TIDAK KISAH -

Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!

8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU -

Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia kan…!!

9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN -

Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau undian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk…lebih baik…beralah kan..

10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA -

Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk “BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI” setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.

ADA APA-APA PERBEZAAN??? Kalau anda tak terasa apa-apa mengikuti carta tersebut.. janganlah khuatir, ia tak bermakna anda telah di lali, ***** atau kebal…Ingatlah, semua tu hanyalah CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN…. bila kata idaman..ia memang amat jarang menjadi kenyataan kan…jadi…kita simpulkan aje carta kita ni dengan satu mutiara kata…pun..ehsan Cik Tona jugak ni…iaitu mutiara kata yang berbunyi…

“SESUNGGUHNYA..LIDAH WANITA ITU AKAN MENJADI SEMAKIN TAJAM APABILA LIDAH LELAKI MENJADI SEMAKIN BERCABANG!!!

ciri- ciri sahabat yang BAIK !

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

* Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

* Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

* Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.

* Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.

* Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Berhati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Sekadar pesanan daripada seorang sahabat kepada sahabat.

Sunday, October 23

BERCINTA TAK PERLU KAN SEBAB ?

Gadis Hot : Awak Suka Saya?.. Cinta Saya?.. Nape Awk Cinta Saya eak?.. Kalau awak tak cakap, saya clash!..

Jejaka Macho : Sebab Awak Cantik, Awak Comel, Awak Mempunyai Senyuman Manis, Awak Taat, Awak Bertudung, Awak Wanita Didalam Kaca Saya, Awak,.. Awak,.. Awak,….. (Berterusan Selama 3 Jam)

Sekian Lama Gadis Hot Kemalangan Teruk Dan Berada Di Wad.(Situasi Di Wad)

Jejaka Macho : (Menangis) Kini, Awak tidak lagi cantik, saya tidak mampu untuk mencintai awak, kini, awak tidak comel, saya tidak mampu mencintai awak, kini awak tiada senyuman manis, saya tidak mampu mencintai awak, Kini awak berkerusi roda, saya tidak mampu mencintai awak.

Tapi ada 1 je yang saya cintai awak ialah kerana Allah, Agama kita tetap dan Itu sahajalah yang akan mengekalkan kita sehingga ke akhirat.

“Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu. Ia boleh dirasai dalam hati..”

Adakah Cinta Memerlukan Sebab?.. Tidak!!.. Cinta sesuatu yang abstract yang lahir dari hati yang ikhlas.. Jika kita mencintai si dia kerana Kecantikan, Harta Atau sebagainya.. Ianya tidak kekal dan akan hilang dalam sekelip mata.. Tapi cinta kerana Allah itu kekal kerana Agama itu kekal melainkan Jika terkeluar dari agama..

Cinta Kerana Allah banyak faedahnya kerana merangkumi pelbagai aspek. Tiada rugi dan Tidak akan menyesal dan Tidak akan hilang

Friday, October 21

duhai exam ! - jangan siksa kmi - ::(

assalamualaikum . pewitttt !! hahaha
lama juga x update blog ku ny . biasa laa bussineswomen doi !!! tolong laa yha . hahha
actually , dua tiga menjak ny , buzy dgn paper . bermain dgn paper . hhahahah . erti kata lain , exam laaa wey . hahaha . kmi mula minggu lalu , minggu lalu nya lg . haha . kmi hbis bulan dpan . ngeeeeeeee !!! sbnarnya , hbis minggu dpan . tapi terpaksa smbung pep . akhir . tak kar aniaya nama nya ? huhuh :(

btw , tpaksa laa kmi struggle . tpi kan , klau exam ny , ada teamwork oww . taw2 laaaaaa !!! hahaha . deam2 yah . pikir senang kaa tuh sains tuulen . perghhhhh !! mengigit jari . :P
bdak2 sains sedjaa taw . merana tuh d org . haha . bah , oke laa . mw out lu . pnat . mw smbung study :P * yala tuh ayin*

~~~~~~exam !!!~~~~~
~ pemungut kertas sai ny . hahah


*setelah exam berlalu . haha . ini laa kmi