Friday, October 7

6 Perkara Buat Lelaki Marah :)

1. Berpakaian dan berdandan berjam-jam. Kaum lelaki tidak sabar menunggu kekasihnya yang berdandan dan berhias berjam-jam semata-mata untuk keluar makan malam di restoran.Lelaki juga tidak akan dapat memahami mengapa wanita mengambil masa selama itu untuk bersiap.

2. Berbual terus menerus tentang hubungan. Lelaki umumnya tidak suka jika perempuan terus menerus membicarakan tentang hubungan mereka. Tentang bagaimana untuk meningkatkan hubungan menjadi lebih baik. Lelaki ingin romantik, tetapi bukan melalui percakapan.

3. Memberi saranan tentang cara pemanduannya. Umumnya mereka tidak suka jika kekasihnya mula memberikan komen tentang caranya membawa kenderaan. Apakah terlalu cepat atau lambat atau salah membelokkan arah.

4. Terus menerus mengeluh tentang kegemukan. Diet dan kalori rendah menduduki urutan terbawah pada minat lelaki. Tidak ada lelaki yang suka dikatakan perutnya gendut.

5. Menuduhnya melirik perempuan lain. Meskipun pada dasarnya lelaki memang suka melirik perempuan lain, tetapi jika sesekali dia melihat dari kejauhan, belum tentu dia sedang menatap liuk tubuh wanita itu. Lelaki tidak suka dikatakan melihat perempuan cantik sekalipun memang begitulah sebenarnya.

6. Berkata tidak mempunyai baju. Kebanyakan lelaki tidak selesai berfikir perempuan boleh mengatakan tidak mempunyai baju, padahal sudah penuh almari. Kata-kata sebegini dan kebiasaan yang dianggap normal oleh perempuan amat menjengkelkan lelaki. Namun, jangan bimbang, mereka sudah pasti kembali seperti ungkapan seorang lelaki bahawa perempuan tidak boleh hidup tanpa mereka. Kedengarannya memang egois, tetapi itulah keadaannya


No comments:

Post a Comment